Saturday, January 7, 2012

Berminat mulakan bisnes online?



Melalui video interaktif step by step yang menarik, anda mampu

membina web, grafik dan produk online profesional lebih singkat.

Kini tenaga, masa dan wang ringgit anda dapat dijimatkan





Mohd Hairul Hissam
STAR CREATIVE CENTER (JM0570510-X)
Tarikh: Ahad, 08 Januari 2012

Masih terkial-kial memulakan bisnes online?

Saya percaya anda sangat berminat memulakan bisnes online ini. Namun masih tercari-cari panduan memulakannya. Atau mungkin juga anda telah membeli banyak panduan dipasaran, namun sampai sekarang masih terkial-kial memulakan perniagaan internet. Saya tidak salahkan anda. Kerana kebanyakan panduan dipasaran hanya mendedahkan secara umum sahaja perniagaan internet. Dan kurang mendedahkan aspek teknikal bisnes online yang sangat penting.

Saya juga bermula seperti anda. Pada tahun 2006 saya membeli panduan bisnes online dan panduan membina laman web. Namun ia langsung tidak membantu saya membina laman web atau produk online. Tapi saya tidak berputus asa. Saya terus mencari panduan berkualiti dari produk oversea.

Saya tertarik dengan kaedah pembelajaran video oversea yang jelas dan menyediakan bahan pembelajaran. Dimana anda menonton video dan terus mempraktikkan tutorial melalui bahan pembelajaran yang disediakan. Inilah cara pembelajaran yang sangat berkesan. Inilah cara pembelajaran yang sangat membantu anda belajar dengan lebih cepat.

Apa kata Pembeli Sebenar




Teruskan membaca kerana banyak lagi testimonial dari pembeli sebenar....

Tapi Hairul, betul ke bisnes online nie boleh buat duit?

Sebenarnya ia sama seperti anda menjual produk di kedai secara offline. Anda jual produk berkualiti dan orang membelinya. Bisnes online juga merupakan proses jual beli yang memberi keuntungan dan pendapatan sampingan. Tak mahu cuba ke? Nak tahu tak, mengapa bisnes online menjadi pilihan ramai.


Ia tidak memerlukan modal yang besar. Kos serendah RM60.00 setahun atau RM 5 sebulan untuk menyewa tapak dan nama laman web.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa secara sampingan. Anda tidak akan terikat dengan waktu pejabat. Dan anda boleh mula melakukannya sekarang juga.
Tiada dateline kerja. Anda boleh melakukannya dengan tenang tanpa desakan mana-mana pihak. Ia sesuai dijadikan hobi yang menjana pendapatan.
Tidak perlu ruang pejabat. Ia boleh dilakukan dirumah pada bila-bila masa dengan keselesaan sambil menjaga anak atau ibu bapa anda.
Tidak perlu jumpa pelangan. Lebih 90% urusniaga internet melalui email. Selebihnya menggunakan handphone atau sms. Memang mudah. Anda tidak perlu keluar bersesak-sesak di jalan raya.
Tiada siapa yang akan mengongkong anda. Anda bebas menentukan corak perniagaan anda. Memang menyeronokkan
Anda boleh menjual seberapa banyak produk yang anda mahukan tanpa perlu menyimpan stok dan sebarang kos.

Nak jual apa kat internet nie hairul?

Memang banyak perniagaan di internet ini. Namun terdapat dua bisnes online yang amat menguntungkan. Iaitu menjual produk digital dan produk fizikal.

Produk digital seperti ebook, audio dan video lebih mudah dihasilkan. Terutamanya ebook yang mengandungi informasi berharga. Tahukah anda jutaan orang mencari maklumat di internet. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap produk informasi maklumat.

Manakala produk fizikal pula boleh dijual secara online tanpa menyimpan stok. Dengan cara beli dan jual semula mengunakan kaedah dropshipping. Melalui kaedah ini, selepas anda menerima tempahan pelangan, anda hanya perlu mengarahkan pembekal menghantar produk tersebut kepada pembeli. Lebih mudah berniaga tanpa menyimpan stok.



Panduannya Begitu Teliti dan "Value Of Money"
.

“Memang lengkap bermula dari A sampai Z.”, itu adalah ayat yang pertama ingin saya katakan terhadap produk jombinaweb ini. Dengan panduan lengkap bisnes online ini, tidak perlu lagi membeli pelbagai banyak ebook kerana pakej yang disediakan amat lengkap.

Bermula dari asas tentang bisnes online sehinggalah kepada pembangunan laman web bisnes yang dinginkan. Panduan step by step yang diberikan melalui video dalam produk ini ternyata ianya memang berbaloi dengan software, template disediakan.

Akhir kata, pakej lengkap ini sesuai untuk semua orang kerana apa yang dihasilkan oleh Hairul ternyata begitu teliti dan benar-benar “ value for money”

Muhammad Tarmizi
www.muhammadtarmizi.com


Rasa berminat, tapi Hairul bagaimana nak mulakan?

Mulakan dengan langkah yang sama dilakukan usahawan internet yang berjaya. Tahukah anda, mereka bermula dengan belajar membina laman web dan belajar membina produk online. Inilah permulaaan kebanyakan usahawan internet yang berjaya. Dari sini mereka mengukir kejayaan perniagaan internet mereka.




Nak tahu, mengapa ilmu membina laman web sangat penting?

Laman web sama seperti sebuah kedai yang menjual produk. Kalau di kedai anda meletak produk anda di atas rak atau meja. Di internet kita memerlukan laman web untuk meletak atau menjual produk kita secara online.

Oleh itu mulakan langkah pertama anda mempelajari membina laman web perniagaan yang lengkap dan profesional. Dari membina web, grafik, borang tempahan, memasang email folow up sehinggalah membina produk online hebat. Melalui video interaktif, pembelajaran anda menjadikan lebih seronok dan cepat.

Kita akan menggunakan persian percuma kompozer. Laman web ini turut dibina menggunakan perisian percuma kompozer. Anda akan diajar sehingga mahir dan lengkap.





Tambahkan pendapatan sampingan, keluarga lebih ceria.

Sebelum saya terus menerangkan tentang bisnes online ini. Saya ingin membawa anda berfikir sejenak. Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan anda, 5 tahun akan datang? Dengan harga barang yang semakin hari semakin terus naik. Adakah gaji anda masih mampu membayar harga barang yang semakin meningkat ini. Sanggupkah anda melihat keluarga anda hidup kesusahan nanti.

Nasihat saya, bersiap sedialah dari sekarang. Lakukan sesuatu dari sekarang untuk kebahagiaan keluarga anda kelak. Hanya dengan pendapatan sampingan mampu menjamin kehidupan keluarga yang lebih selamat. Salah satu pendapatan sampingan yang praktikal ialah melakukan perniagaan internet. Ia boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Sambil buat duit, sambil bersama keluarga tercinta.



Namun, masih ramai tidak tahu membina web. Mengapa?

Ya masih ramai yang tidak tahu membina laman web sendiri. Inilah batu penghalang untuk memulakan perniagaan internet. Mungkin sebelum ini, anda mengalami masalah dibawah ini:-

Tercari-cari-cari cara membina laman web. Bertanya di forum, mencari di search engine. Berbulan-bulan namun tiada juga hasilnya. Masa yang lama terbuang, letih yang dapat.
Belajar membina laman web menggunakan html code yang memeningkan kepala atau menggunakan perisian yang canggih seperti Dreamweaver namun sampai sekarang tidak dapat menghasilkan laman web berkualiti.
Tidak tahu membina borang tempahan, tidak tahu mendaftar domain, webhosting, memasang autoresponer, ebook atau tidak tahu membina grafik. Atau langsung tidak tahu apa yang diperlukan dalam laman web perniagaan.

Atau ada yang mengambil jalan mudah dengan mengupah orang lain (webmaster) membina laman web mereka. Namun masalah lain pula timbul.

Tidak berpuas hati dengan hasil kerja webmaster atau laman web yang dihasilkan tidak seperti yang diinginkan. Adakah anda fikir webmaster lebih memahami produk anda dari anda sendiri?
Tidak dapat mengubah atau mengedit laman web sendiri dari semasa ke semasa. Akhirnya laman web anda terbiar begitu sahaja.
Harga yang dikenakan oleh webmaster agak mahal. Nak edit lagi webnya, kena tambah lagi bayarannya. Adakah anda sangup terus membayar?
Jika anda mengalami masalah diatas, pakej ini memang untuk anda. Kita akan menggunakan perisian yang lebih mudah iaitu Kompozer. Anda tidak perlu menghafal html code. Yang penting hasilnya tetap berkualiti.



Seolah2 Hairul mengajar secara live disebelah
.

Tahniah di atas kelahiran Panduan Lengkap Bisnes Online. Segala perkara teknikal telah dimuatkan di dalam produk ini dan ditunjukkan dalam bentuk video (yang dirakam sendiri oleh saudara Hairul) dengan jelas.

Memang membolehkan pembeli mempelajari secara jelas seolah2 saudara hairul sedang mengajar secara live di sebelah kita. Apa yang boleh saya katakan, pembeli tak perlu risau lagi kerana semuanya telah ditunjukkan selengkap-lengkapnya dengan jelas.

Gabungan lengkap tips dan panduan teknikal ICT dan perniagaan membuatkan produk ini begitu istimewa. Bermula dengan tips dan panduan pemilihan domain dan hosting, cara-cara menjual, cara-cara mengendalikannya sehinggalah cara membina web jualan, shopping cart dan membina produk sendiri

Faezil Aidil
www.faezil.net


Masih ragu-ragu, boleh pandai ke dengan pakej ini?

Anda dijamin pandai. Anda pasti boleh membina laman web yang lengkap dan produk online anda. Ini merupakan Video Ebook yang mengandungi text, gambar dan video. Anda baca, tonton dan praktik. Bahan pembelajaran turut disediakan untuk membolehkan anda terus membina laman web professional anda. Masih sukar percaya, jom tonton sedutan video-videonya.

(JIka internet connection anda slow, klik play dan tinggalkan.
Kemudian baru replay semula)
Sedutan Video Membina Minisite




Memperkenalkan

Panduan Lengkap Bisnes Online

Dengan Strategi utama pembinaan web, salesletter, produk, grafik
dan banyak lagi. Dibawakan khas oleh www.jombinaweb.com versi2




Secara keseluruhan, pakej ini mengajar anda dari A to Z di dalam pembinaan laman web dan produk untuk perniagaan internet yang menguntungkan. Anda akan diajar dari asas sehingga pandai menggunakan Video Ebook yang interaktif. Dari pembinaan web, sales letter, grafik, borang tempahan, email follow up, produk online dan banyak lagi. Jom lihat apa yang akan anda belajar.




Video Ebook Membina Laman Web Minisite & Multicolumn
- Video Ebook Dalam Bahasa Melayu -
DVD Series
--------------------

Anda akan belajar segala yang diperlukan dalam pembinaan laman web minisite dan multicolumn. Laman web minisite merupakan laman web satu column seperti laman web ini. Kita akan gunakan perisian percuma kompozer dalam membina laman web minisite dan multicolumn yang profesional.
Apa yang akan anda belajar:-

Pemasangan perisian kompozer dan membina folder laman web.
Membina laman web minisite dengan dua teknik layout.
Membina title, description pada laman web
Memasukkan background dan image ke dalam website
Memasukkan text dan mengedit text menggunakan fungsi CSS.
Kita menggunakan fungsi CSS untuk membuat H1,H2-H7
Membuat bullet, kotak johnson box dan kotak testimonial.
Membina hyperlink pada text dan image.
Membuat style pada hyperlink menggunakan CSS
Memasang Facebook Comment Box ke dalam laman web.
Membina web multicolumn menarik dan memasukkan widget.

Dengan ilmu membina laman web ini, anda boleh membina pelbagai jenis laman web seperti squeeze page danlanding page. Malah anda boleh mencorakkannya mengikut kreativiti anda.

0 comments:

Post a Comment

 
MinimaSite template Serba Seru edited by Bi2t.com Powered by Blogger